Popular Posts

Tuesday, February 8, 2011

Kek Buah Kukus

KEK BUAH KUKUS

Semasa berjalan-jalan di laman sosial hari tu geeda mencari-cari resepi kek buah kukus untuk disajikan kepada tetamu yang hadir semasa majlis harijadi anakanda, Nur Amyra Alia...banyaklah resepi kek buah yang ditemui..namun, geeda berkenan dengan satu resepi yang disediakan di blog resepi Diana...dan setelah dicuba, hasilnya tidak mengecewakan...pertama kali bereksperimen dengan kek buah yang memakan masa 3-4 jam lamanya untuk mengukus...alhamdulillah percubaan itu menjadi! Terima kasih Diana kerana sudi berkongsi resepi...tips-tips membuat kek kukus yang cantik dan enak pula geeda dapat dari Puan Noraini Zakaria di blog beliau...Inilah hasilnya...tara....

.

          Sebelum dikukus....


Selepas dikukus selama 4 jam

Keratan rentas kek buah kukus

Bahan-bahan : (sumbangan makcik diana)

Bahan-bahannya:1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh cream of tartar (geeda tak guna pun)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (ni pun tak bubuh gak)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum dan soda bicarbonate diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, pukul dan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan guna spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment