Popular Posts

Monday, February 7, 2011

Apam Beras

Selamat pagi,
Hari ni Geeda tonjolkan plak apam beras yang biasa menjadi makanan kita masa kat kampung dulu-dulu...apam ni sedap dimakan bersama kelapa yang dicampur sedikit garam.

Ni la rupe apam beras...sorila pic tak berapa menarik coz ada dua warna jer kat dapur.Ekceli, masa ni idea nak buat tu tetiba je datang coz tengok ada baki nasik lam periuk..apa lagi...mula la buat eksperimen...dan jeng..jeng....inilah hasilnya...

Apam Beras

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn gula pasir (kalau nak manis bleh tambah) ,  2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

No comments:

Post a Comment