Popular Posts

Wednesday, February 9, 2011

Cakoi

CHAKOI


Hari ni geeda post resepi Cakoi yang memang menjadi makanan kegemaran sejak kecik-kecik dulu...cakoi ni takder la manis macam kuih-kuih lain yang ada kat Kelantan tu...cakoi ni rasa dia lemak-lemak dan enak di makan semasa masih panas bersama kopi 'o' atau tea 'o'...tak pun cicah dengan sambal ikan bilis pun best gak... 

CAKOI

400gm tepung gandum
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:

1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis
dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli
3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut
4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih
5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle
6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips
7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.
8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
9.Angkat dan cicah dengan air kopi 'o'

No comments:

Post a Comment