Popular Posts

Wednesday, February 9, 2011

Nasi Belauk

Nasi Belauk....makanan generasi turun temurun masyarakat Kelantan ni biasanya di makan sewaktu sarapan...geeda memang tersangat-sangat menyukai nasik belauk...tapi kat Terengganu ni susah sket nak carik nasi belauk yang menepati citarasa kita sebagai rakyat Kelantan...gambar nasi belauk ni bukan geeda yang buat tapi diambil semasa sedang bersarapan kat satu-satunya warung yang menyediakan nasik belauk yang boleh diterima tekak kitaorang....nasik dia simple...ikan tongkol (orang kelantan panggil ikan aye)...sambal dan nasik...fuh terangkat betul kalau sambal dia tu sambal cilipadi....kat rumah tak penah buat nasi belauk ni...cuma resepi kat bawah ni adalah hasil air tangan mak geeda yang dipanggil "Cik"....



Bahan
1 ekor ikan aya (lebih sedap ikan aye hitam-kat terengganu ni senang dapat)
Seringgit santan kelapa

*1" lengkuas
*1" kunyit hidup
*6 biji bawang merah
*5 keping cili kering
1 sb serbuk gulai ikan/ 1 sb rempah ketumbar(ditumbuk)
1 pkt santan - campur dgn 4-5 cawan air @ ikut kepekatan yg diinginkan
garam (ikut rasa),4 keping asam keping

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu merupakan makanan tradisional Kelantan yang sangat unik...ia dihidangkan bersama sambal tumis, ikan celup tepung, ulam, budu, telur masin, sambal kelapa, solok lada dan bawang putih jeruk. Tapi biasanya keluarga geeda akan tambah dua lagi lauk seperti ayam bakar dan daging bakar...keropok keping goreng juga dijadikan bahan sampingan yang dimakan bersama nasi tadi...itu yang saya kata nasik kerabu ni unik...skali skala time hujung minggu time kitaorang berkumpul ramai-ramai tu rajin ler buat nasik kerabu ni...kalau tak tak berbaloi nak menyediakan bahan-bahannya...


NASI KERABU

SAMBAL KELAPA
4-5 ekor ikan bakar (bergantung kpd saiz ikan), diambil isi
sehiris halia
5 ulas bawang merah
1 ulas kecil bawang putih
secubit lada hitam
2-3 batang serai, dipotong kecil
garam, gula
kelapa goreng, dimesin/ditumbuk halus (secukupnya, jgn buat mcm kat
kedai - kelapa lebih ikan sikit)

Cara:

Tumbuk lada hitam, serai, bawang merah,bawang putih, garam, gula sehingga lumat. Masukkan ikan, tumbuk. Since lesung biasanya kecik, tinggalkan separuh atau 1/3 ramuan yg dah ditumbuk di dalam lesung dan masukkan kelapa goreng, tumbuk supaya sebati dengan ramuan. Ulang dengan baki selebihnya. Gaul rata. Sewaktu hidang, taburkan bawang besar yg dimayang bulat dan nipis, dan cili yg dipotong serong untuk hiasan.

TUMIS

Pati santan drp 1/2 kelapa
1 batang serai dititik
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2-1 asam keping
sedikit halia diketuk
secamca cili giling
budu cap ketereh (ini yang buat tumis kita sedap) 
SOS/AIR LADA
5-6 biji cili padi ditumbuk lumat dgn sedikit garam
11/2 sudu makan cuka
sedikit air masak
Gaul semua sekali dalam mangkuk kecil



Korang penah dengar kek Ambon tak? nama macam Indon sket tapi itulah nama yang diberi kepada kek kukus yang tidak menggunakan mentega ni...cara nak buat dia sangat senang. Selain kek ambon, kek ini juga dikenali sebagai kek pelangi sebab warna dia colorful...memang tak jemu makan kek ni...sesuai dihidang sewaktu tetamu berkunjung ke rumah..kek ni merupakan warisan turun temurun keluarga....

Bahan-bahan 

300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu cair @ santan 
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna

Cara-cara
1) Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
2) Ayakkan tepung bersama baking powder.
3) Campurkan garam ke dalam susu.
4) Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
5) Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
6) Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
7) Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
8) Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (tips untuk elak kek melekat)

8) Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
9) Ulangi langkah (8) dgn adunan kedua dan seterusnya. Kukus selama 30-40 minit.

(kalau malas nak buat satu-satu macam tu terus masukkan semua pun takper. Lepas tu bagi menghasilkan warna pelangi, guna lidi dan pusing untuk mendapatkan design yang menarik.

Sambal Sotong

Sotong merupakan sejenis lauk yang paling digemari keluarga geeda...kalau tak sambal sotong, goreng kunyit sotong takpun sotong masak serai...
Memang tak jemulah makan sotong ni tambah-tambah kalau sotong tu ada telur...fuh! memang terangkat la...resepi ni amat ringkas dan pasti menyelerakan...makan dengan nasi panas...

Sambal Sotong
Bahan-bahan :

1/2 kilogram sotong basah
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1" halia
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
sedikit asam jawa, gula melaka (agak-agak la)
gula dan garam
2 sudu besar minyak
Daun bawang dan saderi untuk hiasan

Bahan bertanda * ditumbuk lumat

1) Sotong dibersihkan. Ketepikan
2) Tumiskan bahan ditumbuk sehingga naik bau.
3) Masukkan cili giling dan biar sebentar
4) Masukkan sotong, sos cili, sos tomato, asam jawa, gula melaka, gula dan garam. Masak sehingga naik minyak
5) Hidang


Cakoi

CHAKOI


Hari ni geeda post resepi Cakoi yang memang menjadi makanan kegemaran sejak kecik-kecik dulu...cakoi ni takder la manis macam kuih-kuih lain yang ada kat Kelantan tu...cakoi ni rasa dia lemak-lemak dan enak di makan semasa masih panas bersama kopi 'o' atau tea 'o'...tak pun cicah dengan sambal ikan bilis pun best gak... 

CAKOI

400gm tepung gandum
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:

1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis
dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli
3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut
4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih
5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle
6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips
7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.
8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
9.Angkat dan cicah dengan air kopi 'o'

Apam Eno

Assalamualaikum...Selamat Pagi Semua....selain apam beras, geeda penah buat apam eno...apam eno ni geeda amik resepi kak Rozie dekat MyResepi (ruangan masakan kesukaanku). Tapi utk first time buat, apam geeda ni tak nak merekah..tak taulah di mana silapnya..walaubagaimanapun rasa dia memang sedap..ni pic yang sempat geeda ambil sebelum apam eno dingappp oleh anak-anak...


APAM ENO
 300g tePung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar yeast (mauripan)
  • 280-300ml air
  • 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
  • pewarna merah, hijau

Cara-cara

  1. tepung dibancuh dgn sedikit air. kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
  2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
  3. bancuhan tepung itu dibahagi 3 . satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

 

Tuesday, February 8, 2011

Kek Buah Kukus

KEK BUAH KUKUS

Semasa berjalan-jalan di laman sosial hari tu geeda mencari-cari resepi kek buah kukus untuk disajikan kepada tetamu yang hadir semasa majlis harijadi anakanda, Nur Amyra Alia...banyaklah resepi kek buah yang ditemui..namun, geeda berkenan dengan satu resepi yang disediakan di blog resepi Diana...dan setelah dicuba, hasilnya tidak mengecewakan...pertama kali bereksperimen dengan kek buah yang memakan masa 3-4 jam lamanya untuk mengukus...alhamdulillah percubaan itu menjadi! Terima kasih Diana kerana sudi berkongsi resepi...tips-tips membuat kek kukus yang cantik dan enak pula geeda dapat dari Puan Noraini Zakaria di blog beliau...Inilah hasilnya...tara....

.

          Sebelum dikukus....


Selepas dikukus selama 4 jam

Keratan rentas kek buah kukus

Bahan-bahan : (sumbangan makcik diana)

Bahan-bahannya:1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh cream of tartar (geeda tak guna pun)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (ni pun tak bubuh gak)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum dan soda bicarbonate diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, pukul dan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan guna spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Selamat mencuba....

Siakap Sweet Sour

Morning,
Hari ni masak ape? dah terpikir ker nak masak lauk ape hari ni....erm....semalam geeda wat lauk special sket untuk hubby dan anak-anak...Ikan Siakap Tiga Rasa...macam best jerk? okay...mari kita cuba masakan berasaskan ikan hari nie....

Jeng...jeng....inilah ikan siakap masak tiga rasa yang geeda maksudkan...cuba perati betul2 ikan tu....he...he...ekornya dah putus sebab terlekat di kuali masa nak mengangkatnya....nampaknya menu ni kena benar dengan selera hubby dan anak-anak...

IKAN SIAKAP TIGA RASA

Bahan-bahan 
1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - dihiris halus (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
1 s/k gula pasir
1 s/b sos ikan
2 s/b sos cili dan sos tomato
300g nenas yang dipotong dadu
5 biji tomato kecil (belah dua)
Garam

cara:
1. ikan siakap dibelah bahagian tengah, bersihkan, lumur dengan garam, tepung jagung, kemudian digoreng hingga garing. Ketepikan
2. tumis bawang putih, sos tomato, sos cili dan cili padi
3. then masukkan sos ikan, nenas, tomato dan daun limau purut
4. masukkan sedikit air, kacau rata, bubuh garam dan gula
5. setelah mendidih, angkat dan tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng

Monday, February 7, 2011

Apam Beras

Selamat pagi,
Hari ni Geeda tonjolkan plak apam beras yang biasa menjadi makanan kita masa kat kampung dulu-dulu...apam ni sedap dimakan bersama kelapa yang dicampur sedikit garam.

Ni la rupe apam beras...sorila pic tak berapa menarik coz ada dua warna jer kat dapur.Ekceli, masa ni idea nak buat tu tetiba je datang coz tengok ada baki nasik lam periuk..apa lagi...mula la buat eksperimen...dan jeng..jeng....inilah hasilnya...

Apam Beras

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn gula pasir (kalau nak manis bleh tambah) ,  2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Kek Pisang

Kek Pisang ni merupakan favourite anak-anak...senang bangat untuk menyediakannya..tak perlu mentega dan bahan masakan yang banyak...kek ini sangat sesuai untuk tea time bersama keluarga...selamat menjamu selera....Iniler rupenye kek pisang yang pertama kali buat...apapun selamat mencuba kepada teman-teman yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan resepi kek yang susah....

KEK PISANG


Puding Pelangi

Salam, saya mulakan hari ini dengan memaparkan resepi Puding Pelangi yang saya ambil dari internet MyResepi (thanks Alma)...puding pelangi menjadi kesukaan kanak-kanak kerana bukan sahaja rasanya yang enak, tetapi warnanya yang menarik...

Inilah dia puding pelangi yang saya cuba hari tu ...

PUDING PELANGI

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (saya tambah warna hijau bagi colorful sket)

Cara-cara

  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit. Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning, hijau dan last satu senduk adunan warna coklat. Ulang sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.