Popular Posts

Sunday, December 4, 2011

Sandwic Goreng

Roti Goreng Berlado

Bahan-bahan:
1 bungkus roti sandwich (lebih sedap kalau guna roti gardenia)
4 biji telur (untuk menyalut roti)
3 sd besar planta
1 tin besar sardin (saya guna ayam brand) 
1 labu bawang besar (potong bulat)
2 biji bawang putih (racik kecil2)
2 biji cili merah (potong serong)
1 batang timun (potong serong)
Lada sulah, gula dan garam
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

Tumiskan bawang putih dengan bawang besar, cili merah, dan sardin..masukkan bahan perasa.sejukkan
Dalam masa yang sama, sapukan roti dengan planta kemudian taruk ler sardin tu. Kemudian letakkan sekeping lagi roti yang dah disapu planta kat atas roti yang diletak sardin tu. Ulang sampai roti habis
Panaskan minyak...kemudian bila dah panas, celupkan roti dalam telur yang dah dikepuk2kan tu then goreng..




Angkat dan ngapp....

Puding Nenas

Resepi ini merupakan resepi ibu mertua yang sangat digemari oleh anak-anak saya...resepi ini pasti menjadi dan sesuai untuk minum petang atau hari minggu

Bahan-bahan
2 plastik agar-agar serbuk
4 sudu besar tepung kastad
                                                                     Pandangan Atas
Pandangan Atas
  Pandangan Sisi Selepas diterbalikkan
2 tin nenas bulat
6 gelas air
1 tin susu pekat (saya guna jenama F&N)
2 biji telur
Ceri hijau dan merah (untuk hiasan)
Gula (6 sudu) atau kalau tak suka manis boleh kurangkan

Masak macam biasa.
Hiaskan mengikut citarasa masing-masing

Wednesday, February 9, 2011

Nasi Belauk

Nasi Belauk....makanan generasi turun temurun masyarakat Kelantan ni biasanya di makan sewaktu sarapan...geeda memang tersangat-sangat menyukai nasik belauk...tapi kat Terengganu ni susah sket nak carik nasi belauk yang menepati citarasa kita sebagai rakyat Kelantan...gambar nasi belauk ni bukan geeda yang buat tapi diambil semasa sedang bersarapan kat satu-satunya warung yang menyediakan nasik belauk yang boleh diterima tekak kitaorang....nasik dia simple...ikan tongkol (orang kelantan panggil ikan aye)...sambal dan nasik...fuh terangkat betul kalau sambal dia tu sambal cilipadi....kat rumah tak penah buat nasi belauk ni...cuma resepi kat bawah ni adalah hasil air tangan mak geeda yang dipanggil "Cik"....



Bahan
1 ekor ikan aya (lebih sedap ikan aye hitam-kat terengganu ni senang dapat)
Seringgit santan kelapa

*1" lengkuas
*1" kunyit hidup
*6 biji bawang merah
*5 keping cili kering
1 sb serbuk gulai ikan/ 1 sb rempah ketumbar(ditumbuk)
1 pkt santan - campur dgn 4-5 cawan air @ ikut kepekatan yg diinginkan
garam (ikut rasa),4 keping asam keping

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu merupakan makanan tradisional Kelantan yang sangat unik...ia dihidangkan bersama sambal tumis, ikan celup tepung, ulam, budu, telur masin, sambal kelapa, solok lada dan bawang putih jeruk. Tapi biasanya keluarga geeda akan tambah dua lagi lauk seperti ayam bakar dan daging bakar...keropok keping goreng juga dijadikan bahan sampingan yang dimakan bersama nasi tadi...itu yang saya kata nasik kerabu ni unik...skali skala time hujung minggu time kitaorang berkumpul ramai-ramai tu rajin ler buat nasik kerabu ni...kalau tak tak berbaloi nak menyediakan bahan-bahannya...


NASI KERABU

SAMBAL KELAPA
4-5 ekor ikan bakar (bergantung kpd saiz ikan), diambil isi
sehiris halia
5 ulas bawang merah
1 ulas kecil bawang putih
secubit lada hitam
2-3 batang serai, dipotong kecil
garam, gula
kelapa goreng, dimesin/ditumbuk halus (secukupnya, jgn buat mcm kat
kedai - kelapa lebih ikan sikit)

Cara:

Tumbuk lada hitam, serai, bawang merah,bawang putih, garam, gula sehingga lumat. Masukkan ikan, tumbuk. Since lesung biasanya kecik, tinggalkan separuh atau 1/3 ramuan yg dah ditumbuk di dalam lesung dan masukkan kelapa goreng, tumbuk supaya sebati dengan ramuan. Ulang dengan baki selebihnya. Gaul rata. Sewaktu hidang, taburkan bawang besar yg dimayang bulat dan nipis, dan cili yg dipotong serong untuk hiasan.

TUMIS

Pati santan drp 1/2 kelapa
1 batang serai dititik
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2-1 asam keping
sedikit halia diketuk
secamca cili giling
budu cap ketereh (ini yang buat tumis kita sedap) 
SOS/AIR LADA
5-6 biji cili padi ditumbuk lumat dgn sedikit garam
11/2 sudu makan cuka
sedikit air masak
Gaul semua sekali dalam mangkuk kecil



Korang penah dengar kek Ambon tak? nama macam Indon sket tapi itulah nama yang diberi kepada kek kukus yang tidak menggunakan mentega ni...cara nak buat dia sangat senang. Selain kek ambon, kek ini juga dikenali sebagai kek pelangi sebab warna dia colorful...memang tak jemu makan kek ni...sesuai dihidang sewaktu tetamu berkunjung ke rumah..kek ni merupakan warisan turun temurun keluarga....

Bahan-bahan 

300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu cair @ santan 
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna

Cara-cara
1) Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
2) Ayakkan tepung bersama baking powder.
3) Campurkan garam ke dalam susu.
4) Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
5) Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
6) Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
7) Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
8) Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (tips untuk elak kek melekat)

8) Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
9) Ulangi langkah (8) dgn adunan kedua dan seterusnya. Kukus selama 30-40 minit.

(kalau malas nak buat satu-satu macam tu terus masukkan semua pun takper. Lepas tu bagi menghasilkan warna pelangi, guna lidi dan pusing untuk mendapatkan design yang menarik.

Sambal Sotong

Sotong merupakan sejenis lauk yang paling digemari keluarga geeda...kalau tak sambal sotong, goreng kunyit sotong takpun sotong masak serai...
Memang tak jemulah makan sotong ni tambah-tambah kalau sotong tu ada telur...fuh! memang terangkat la...resepi ni amat ringkas dan pasti menyelerakan...makan dengan nasi panas...

Sambal Sotong
Bahan-bahan :

1/2 kilogram sotong basah
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1" halia
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
sedikit asam jawa, gula melaka (agak-agak la)
gula dan garam
2 sudu besar minyak
Daun bawang dan saderi untuk hiasan

Bahan bertanda * ditumbuk lumat

1) Sotong dibersihkan. Ketepikan
2) Tumiskan bahan ditumbuk sehingga naik bau.
3) Masukkan cili giling dan biar sebentar
4) Masukkan sotong, sos cili, sos tomato, asam jawa, gula melaka, gula dan garam. Masak sehingga naik minyak
5) Hidang


Cakoi

CHAKOI


Hari ni geeda post resepi Cakoi yang memang menjadi makanan kegemaran sejak kecik-kecik dulu...cakoi ni takder la manis macam kuih-kuih lain yang ada kat Kelantan tu...cakoi ni rasa dia lemak-lemak dan enak di makan semasa masih panas bersama kopi 'o' atau tea 'o'...tak pun cicah dengan sambal ikan bilis pun best gak... 

CAKOI

400gm tepung gandum
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:

1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis
dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli
3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut
4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih
5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle
6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips
7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.
8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
9.Angkat dan cicah dengan air kopi 'o'